Wednesday, January 21, 2009

Sejarah PKG Kayang

Bangunan PKG Kayang didirikan dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kayang dan siap dibina pada awal 1991 .
PKG Kayang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Asiah binti Abu Samah , Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 5 Julai 1992 bersamaan 4 Muharram 1413H.
Seorang Penyelaras sepenuh masa telah dilantik dan ditempatkan di PKG Kayang untuk menjalankan pengurusan dan pengoperasiannya.
Pada tahun 1991 hingga 1997 PKG Kayang diurus oleh Tuan Haji Mansor bin Salleh. Berikutnya pada tahun 1997 hingga 2004 En Halim bin Othman telah mengambil alih tugas sebagai pegawai penyelaras PKG Kayang. Dalam menguruskan PKG Kayang Pegawai penyelaras ini dibantu oleh seorang Pekerja Rendah Awan yang dipinjamkan secara pentadbiran oleh JPN Perlis iaitu En. Rodzali bin Din.
Pada tahun 2005 PKG Kayang bersama semua PKG seluruh negara telah disusun semula struktur pengurusannya. PKG Kayang diuruskan oleh 2 orang Pegawai Teknologi Pendidikan iaitu Pn.Jamsiah bt. Said sebagai PTP 1 dan En. Shamsul Ariffin b. Md. Diah sebagai PTP 2 dengan dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir iaitu Pn. Salbiah bt. Sulaiman serta seorang Pekerja Rendah Awam En. Rodzhali b. Din yang dipinjamkan secara pentadbiran oleh JPN Perlis.
Pada tahun 2007 PKG Kayang telah di struktur semula dan berlaku perubahan pegawai-pegawai di mana PRA En. Rodzali bin Din telah bertukar ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri Perlis, Pn. Jamsiah bt. Said bertukar ke PKG Jejawi manakala En. Shamsul Ariffin b. Md. Diah bertukar ke PKG Simpang Empat sebagai Ketua PKG. Manakala En. Mat bin Hassan dari PKG Jejawi bertukar ke PKG Kayang sebagai Ketua PKG berkuatkuasa mulai 16 Januari 2007.
Berikut ialah carta Organisasi PKG Kayang 2007 :

PTP 1 : En. Mat bin Hassan

PTP 2 : Pn. Hasliemelia bt. Abu Hassan @Aziz

PT : Pn. Salbiah Bt. Sulaiman

Di awal penubuhan PKG Kayang sekolah kelompok terdiri daripada 4 buah sekolah menengah dan 9 buah sekolah rendah .
Menjelang tahun 2003 sebuah lagi sekolah baru dibuka dan diletakkan dibawah kelompok PKG Kayang. Bilangan sekolah ahli telah bertambah menjadi 14 buah sekolah. Berikut adalah maklumat terkini sekolah kelompok PKG Kayang

10 buah Sekolah Rendah-
1 SK KUALA PERLIS 04-9854244
2 SK PANGGAU 04-9763867
3 SK DATO WAN AHAMD 04-9762559
4 SK PEND KHAS PERLIS 04-9765629
5 SK TITI TOK BANDAR 04-9777892
6 SK KAYANG 04-9764357
7 SK SEBERANG RAMAI 04-9853110
8 SK PADANG BESAR (S) 04-9854377
9 SJK C CHOON SIEW 04-9855998
10 SJK C KHAY BENG 04-9853536

4 buah Sekolah Menegah
1 SYED ALWI 04-9762539
2 SMK PERLIS 04-9761024
3 SMK KUALA PERLIS 04-9854212
4 SM SN TUANKU SYED PUTRA 04-9760433 (sekolah Bestari )

PRASARANA PKG
Kemudahan bilik

Ø Bilik kuliah,
Ø Bilik bengkel ,
Ø Makmal komputer,
Ø Bilik mesyuarat,
Ø Bilik bacaan dan perpustakaan,
Ø Dewan makan .

Peralatan

Ø Peralatan siaraya,
Ø Rakaman audio dan video,
Ø Alatan mencetak risograph,
Ø Alat-alat penghasilan bahan bantu mengajar
Ø TV pendidikan ( ASTRO)

Perkhidmatan

Ø Rundingcara Kemahiran dan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dan ICT.
Ø Khidmat runding fotografi dan penghasilan video.
Ø Penghasilan bahan pelbagai media untuk pengajaran dan pembelajaran.
Ø Meja bantuan Sekolah Bestari.

No comments:

Post a Comment