


Pada Tahun 2006 Pusat Kegiatan Guru Kayang terdiri daripada Puan Jamsiah Binti Said yang telah ditukar ke Pusat Kegiatan Guru Jejawi sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan Pegawai Teknologi Pendidikan 2 En Shamshol Ariffin Bin Mohd Diah telah dinaikkan pangkat ke Pusat Kegiatan Guru Simpang Empat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1.Pada 16 Januari 2007 . Puan Salbiah Sulaiman dari Sekolah Kebangsaan Behor Mali mula bertugas di PKG Kayang dan kekal sebagai Pembantu Tadbir N17 sehingga sekarang.
Pada Awal Bulan Februari Tahun 2007 En Mat Bin Hassan telah bertukar dari Pusat Kegiatan Guru Jejawi ke PKG kayang sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 dan pada bulan April 2007 dan Pn Hasliemelia telah bertukar dari Unit Bestari Pusat Sumber Pendidikan Perlis ( PSPN Perlis ) ke PKG Kayang sebagai Pegawai Teknologi Maklumat 2
Pada bulan Mac 2008 En Mat Hassan telah berjaya menjadi Yang Berhormat Kawasan Kuala Perlis dan En Shamshol Ariffin Bin Mohd Diah mengganti beliau pada 1 Jun 2008.Beliau dari Pusat Kegiatan Guru Simpang Empat. Hanya dua bulan beliau berada di sana beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar. Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Pasir Panjang Selangor En Mohd Zarney Kaseh Bin Ab Hamid mengisi kekosongan Pegawai Teknologi Pendidikan 1 di Pusat Kegiatan Guru Kayang pada bulan Disember 2008
Pada Tahun 2009 masih kekal En Mohd Zarney Kaseh . Pn Hasliemelia dan Pn Salbiah di Pusat Kegiatan Guru Kayang.
No comments:
Post a Comment